BMW 4 Series Convertible 428i
BMW 428i Convertible terbaru dibina lebih panjang serta lebar iaitu sepanjang 4,638 mm (26 mm lebih panjang) dan selebar 1,825 mm (43 mm lebih lebar).
“Kekal dengan reka bentuk sporty dan dinamik, model ini turut menggunakan teknologi enjin Turbo Berkembar BMW untuk memberi pemanduan dinamik yang tiada tandingan, selain penjimatan bahan api terbaik.
“Padanan enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter itu menawarkan kuasa maksimum 245 hp dan tork 350 Nm yang membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat,”
Warna untuk BMW 4 Series Convertible adalah hitam (Black Sapphire), putih (Mineral White), biru
(Midnight Blue) dan kelabu (Mineral Grey).
Harga jualan runcit untuk BMW 428i Convertible (RM428,800).





No comments:
Post a Comment