Sunday, 1 June 2014

BMW 2 Series Coupe 2014

 
BMW Group Malaysia (BMW) memperkenalkan BMW 2 Series Coupe dan BMW 4 Series Convertible yang menawarkan bentuk lebih besar dan berkuasa, selain tampil sporty berbanding model lalu.

“BMW 2 Series Coupe membawa keseronokan pemanduan ke tahap lebih tinggi dengan rekaan bentuk, enjin berkuasa dan teknologi kerangka di konfigurasi secara khas,” katanya pada majlis pelancaran BMW 220i Coupe dan BMW 428i Conver­tible di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk prestasi lebih sporty, BMW 220i Coupe dijana enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter dan dikuasai teknologi BMW Turbo Berkembar Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 184 hp dengan tork 270 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.0 saat dengan kelajuan maksimumnya 230 km/j. Angka itu digabung­kan dengan purata penggunaan bahan api sekitar enam liter bagi setiap 100 km dan kadar pelepasan emisi 139g/km.

BMW 220i Coupe didatang­kan dalam warna hitam (Black Sapphire), biru (Midnight Blue) dan kelabu (Mineral Grey).

Sementara itu, varian BMW 220i Coupe Sport pula ditawarkan dengan warna perak (Glacier Silver), merah (Melbourne Red) dan oren (Valencia Orange) manakala warna putih (Alpine White) ditawarkan pada kedua-dua varian.

Harga jualan runcit untuk BMW 220i Coupe (RM259,800) dengan Sport Line Package (RM20,000),


 

No comments:

Post a Comment